Thursday, 24 September 2015

Pengajian Malaysia - Kesultanan Melayu Melaka dan Kedatangan Islam di Tanah Melayu

Programe : DUB1012

 KESULTANAN MELAYU MELAKA DAN 

KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

      NAME OF GROUP          :MUHAMMAD AKMAL ALIF BIN MOHD YUSLI

                                                      :MOHAMAD AMIRUL BIN MOHD NORRI
                                                      :MOHAMAD FAHMI BIN TAMIZI
      
         NAME OF LECTERUR   : MOHD ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI


KESULTANAN MELAYU MELAKA          PENGHARGAAN
        Alhamdulillah bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa,tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Pertamanya kami ingin mendedikasikan ucapan perhargaan ini kepada pensyarah Pengajian Malaysia  saya iaitu Encik Mohd Noor Zaidi B Mohd Zawawi kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang memberikan peringatan terhadap setiap apa yang kami telah lupa. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami tujukan kepada mereka.

PENGENALAN

·        Bermula dengan kehadiran Putera Raja dari Palembang iaitu Parameswara yang terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14.
·        Beliau melarikan diri setelah ditumpaskan lalu mencari perlindungan di Temasik pada ketika itu dikuasai oleh Siam.
·        Setelah diusir oleh Siam pada 1396, beliau dan pengikut-pengkiutnya melarikan diri ke Muar dan kemudian ke Sungai Ujong sebelum singgah ke Bertani berdekatan dengan muara sungai Melaka.
·        Melalui peristiwa pelanduk dan anjingnya yang dilihat oleh baginda semasa berehat dibawah pohon yang diberi nama Melaka dan kawasan yang strategik,maka Parameswara telah menamakan tempat sebagai Melaka.
·        Beliau telah mengisytiharkan dirirnya sebagai Raja.
·        Beliau melaksanakan pemerintahan Negeri Melaka berasaskan sistem pemerintahan kerajaan Srivijaya.



  PERKEMBANGAN EMPAYAR MELAKA
·        Apabila membuka penempatan di Melaka. Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan Antarabangsa. Namun, Negara China masih merupakan kuasa  perdagangan yang kuat.Justeru, sesebuah kerajaan dianggapberuntung sekiranya mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China.
·        Melaka bernasib baik kerana pada tahun 1403, seorang duta telah tiba di Negara China, iaitu Yn Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara.Situasi ini membuktikan pengiktirafan  Negara China terhadap Melaka. Maharaja Yung Lo iaitu Maharaja Negara China dari Dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar-saudagar yang dating dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi.
·        Pada tahun 1405, utusan dari Melaka mengiringi Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke Negara China . Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan pemerintahannya (Parameswara) dibatalkan sebagai raja. Pada tahum 1409,


 PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA
Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka ialah Raja atau ‘Yang  di-Pertuan’.
·        Apabila pemerintahan kerajaan Melaka mula memeluk Islam, pemerintahannya digelar ‘Sultan’ dan ‘Shah’ .
·        Sistem pemerintahan disebut ‘ Raja Mutlak’ yang bermaksud raja tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat.
·        Sultan mempunyai perkenan melantik para pembesar yang berfungsi sebagai pentadbir, pelaksana undang-undang dan peraturan menghakimi perbicaraan ,mengawal keselamatan, mentadbir hal ehwal pelabuhan, merancang hubungan antarabangsa serta melaksanakan protokol dan adat istiadat Istana.
·        Sistem pentadbiran kerajaan Melaka amat berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar utama, iaitu bendahara, penghulu bendahari, temenggung dan laksamana.

RAJA
·     Mengetuai pentadbiran pusat dan wilayah serta dibantu oleh pembesar-pembesar iaitu Bendahara,Penghulu Bendahari, Temenggung, Hulubalang Besar, Laksamana dan Syahbandar.
·     Ketua Negara dan pemerintah tertinggi. Raja berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan ketua agama Islam.
·     Raja berkuasa menjatuhkan hukuman mati terhadap pesalah.

·     Raja berkuasa menggubal undang-undang untuk mengukuhkan kedudukan raja dan rakyat tidak boleh mempertikaikannya.

BENDAHARI
·        Merupakan menteri utama.
·        Bertindak sebagai penasihat kanan Raja.
·        Menjadi pemangku Raja semasa ketiadaan Raja.
·        Bertindak sebagai ketua hakim sekiranya Raja tiada.
·        Berperanan sebagai pemilih dan pelantikan Raja.

LAKSAMANA
·        Laksamana merupakan pahlawan dalam peperangan terutama di laut.
·        Digelar ‘raja laut’
·        Mengikuti semua pahlawan kerajaan
·        Bertanggungjawab memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi serta menjadi diplomat dan membawa utusan kerajaan.

TEMENGGUNG
·        Berperanan sebagai pelaksana atau ketua undang-undang ,peraturan negeri dan keselamatan
·        Beliau juga digelar sebagai ketua polis Negara.
·        Dalam soal adat istiadat, beliau bertindak sebagai ketua protokal.

BENDAHARA MELAKA
Senarai Bendahara yang telah mentadbir empayar Melaka.
·        Seriwa Raja (bapa Tun Perak) 1445
·        Tuan Ali 1445-1456
·        Tun Perak 1456-1498
·        Tun Mutahir 1500-1510
·        Paduka Tuan 1510-1511

Bendahara merupakan satu yang penting dalam pentadbiran empayar Melaka . Menjelang abad ke-15 Melaka menjadi sebuah kuasa terunggul dan pusat perdagangan yang terbesar diseluruh kepulauan Melayu, di bawah kepimpinan Bendahara Tun Perak.



MELAKA SEBUAH KERAJAAN AGUNG

·        Kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan ,kawalan jajahan dan undang-undang.
·        Kedudukanya yang strategic dan menjadi pusat  perkampungan semua saudagar dari Timur dan Barat. Misalnya, dari Negara Chins, India, Timur Tengah, Asia Timur dan kepulauan Melayu.
·        Melaki menjadi pusat penyebaran agama Islam .
·        Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh Sultan serta rakyatnya.
·        Melaka juga berkembang menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak Istana.
·        Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, perundangan, kebudayaan dan kesusasteraan.



FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA

FAKTOR SEMULA JADI DAN FAKTOR GEOGRAFI
·        Kegemilangan Melaka dalam aspek perdagangan dipengaruhi oleh kedudukan geograinya yang terletak di tengah-tengah jalan laut perdangangan Antarbangsa dan sekali gus berperanan sebagai penyambung pasaran perdagangan utama dunia.
·        Kedudukan Melaka di Selat Melaka menjadi satu kelebihan kerana selat ialah sebuah lorong sempit yang mesti dilalui oleh semua pedangang untuk ke mana-mana destinasi.
·        Kelebihan ini ditambah pula dengan kedudukan selat Melaka yang strategik kepada kapal-kapal kerana terlindung tiupan angin kencang
·        Kemasyuran perdagangan Melaka juga dipengaruhi oleh kekayaan sumber asli persekitaran.
·        Sumber ini meliputi hasil-hasil hutan seperti kayu-kayan yang berpotensi dalam penghasilan kayu wangi, dammar dan rotan.
·        Pelabuhan Melaka juga menikmati kelebihan kerana semenanjung Tanah Melayu kaya dengan sumber galian, khasnya emas, bijih timah dan lain-lain. 
·        FAKTOR EKONOMI
·        Melaka dilimpah kemewahan barang-barang dagangan dari Negara luar.
·        Kekayaan hasil serantau seperti rempah , hasil rotan, kayu dan damar menjadi barang dagangan yang penting ketika itu.
·        FAKTOR POLITIK DAN PENTADBIRAN
·        Melaka juga mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap terutama dengan penglibatan orang laut dan tokoh-tokoh kerajaan.
·        Kewujudan sistem undang-undang laut Melaka banyak membantu kerajaan mengekalkan keamananya hokum kanun Melaka merupakan undang-undang bertulis pertama yang wujud di negeri-negeri Melayu.

KEJATUHAN MELAKA
 FAKTOR DALAMAN

-Sistem Pemerintahan Yang Lemah
·        Sultan Mahmud pengganti kepada ayahndanya Sultan Alauddia
tidak mampu memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri dan gagal mengawal tindakan pembesar-pembesarnya yang lebih berkuasa terhadap rakyatnya.
·        Sultan Mahmud yang suka berfoya-foya , leka dengan ilmu agama sehingga mengabaikan pentadbiran, tidak adil dan kurang bertimbang rasa.

-Pengganti bendahara yang tidak berwibawa

-Perbalahan pembesar-pembesar Istana

-Kelemahan kuasa tentera

- Pemecatan pembesar yang cekap.

-Semangat jihad yang lemah

-Tidak setia kepada Raja

-Berpaling tadah

FAKTOR-FAKTOR LUARAN
             Penemuan Tanjung Pengharapan aktiviti penjajahan oleh masyarakat Eropah ke Timur dengan penemuan Tanjung Pengharapan pada tahun 1488 menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula berminat dengan tapak-tapak perdagangan di Timur.Pelayar-pelayar Portugis juga mendapat galakan daripada Raja Portugal,iaitu Putera Henry.Keinginan Portugis untuk menguasai pelabuhan Melaka atas factor memonopoli dagangan rempah,menyekat penguasaan dagangan pedagang-pedagang Islam dan menyebarkan agama Kristian.
              Terdapat pengkhianatan dalam kalangan pembesar seperti Utimutiraja,seorang pemimpin Jawa yang membelot dengan membawa askarnya bagi pihak Portugis.Perisikan dan intipan yang dilakukan oleh pihak Portugis sehingga pelan pertahanan kota Melaka dapat di salur keluar

 KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU




SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU

   ·        Ianya dikaitkan dengan ketibaan saudagar Islam di gugusan kepulauan Melayu               dengan penemuan beberapa bukti sejarah.
·        Antara bukti sejarah telah mula bertapak dibahagian pantai timur terlebih dahulu sebelum Melaka.
·        Bukti bahawa Islam sudah lama bertapak  di negeri Kelantan.
·        Bukti sejarah di Kelantan ialah penemuan syiling emas pada tahun 1912 di istana Kubang Labu yang tercatat huruf arab diatasnya “al-Julus” Kelantan 577 dan di sebelahnya tertulis “ almutawakil”.
·        Membuktikan bahawa agama Islam telah datang lebih awal ke Kelantan selewatnya pada abad ke-12 dan aktiviti perdagangan Islam malah juga terkenal sebagai pusat pendidikan Islam di rantau Alam Melayu.
·        Penemuan batu bersurat di Kuala Berang Terengganu, bertarikh 788H/1386 yang dijumpai pada 1922M.
·        Melalui penyusunan tarikh-tarikh yang terdapat pada artifak-artifak tersebut menunjukkan kedatangan Islam telah bermula di Champa (1025M dan 1039M), berkembang ke Kelantan (1181M) dan ke Terengganu (1386M).



 TEORI  KEDATANGAN  ISLAM DATANG  DARI  ARAB-PARSI

·        Catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7M, orang –orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa.
·        Pada tahum 684, telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumetra.
·        Pada zaman pemerintahan Kahlifah Al-Makmun bin Harun  Ar- Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari keturunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan agama Islam.
·        Dari Arab-Parsi  adalah berasaskan kepada kewujudan hubungan pedangangan.
·        Teori ini mendapat sokongan kuat sarjana tempatan seperti Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Prof Dr. Hamka berpendapat :-
Ø Hasil kesusasteraan keagamaan merujuk kepada tulisan jawi.
Ø Cara bacaan sebutan Al-Quran di Nusantara adalah sama dengan bacaan dan sebutan di Asia Barat dan bukannya cara sebutan atau bacaan India dan China.
Ø Fahaman keagamaan yang dibawa oleh mereka adalah bersifat Timur Tengah.
Ø Cacatan sejarah jelas menunjukkan bahawa pengislaman Raja-Raja Melayu dari Melaka hingga ke Brunei dilakukan  oleh pendakwah dari Arab.
Ø Pengaruh Arab ke atat pendaharaan bahasa melayu seperti perkataan “fakir”, “syukur”, “sahabat”, “khalifah”, “soleh” dan banyak lagi yang sudah sinonim dengan bahasa melayu.


 TEORI  KEDATANGAN  ISLAM DATANG  DARI  CHINA  DAN  INDO-CHINA

·        Emanuel Godinho De Evedia, Islam datang ke alam melayu melalui Canton dan Hainan  pada kurun ke-9M.
·        Terbukti hasil penemuan batu bersurat di Kuala Berang Terengganu mengaitkan Islam datang dari China atau Champa.
·        S.Q Fatimi menhuraikan pemberontakan Canton ekoran rasa tidak senang hati penduduk tempatan terhadap kemajuan ekonomi perdagang-perdangang Arab.
·        Mendorong untuk berhijrah mencari tempat perlindungan dan tempat yang dituju ialah Champa, Kedah dan Palembang.


TEORI KEDATNGAN ISLAM DATANG DARI INDIA

·        Pengkaji-pengkaji Barat seperti Pijnappel, Snouck Hugronje, B. Harisson, Thomas Arnold, Morguatte dan R.O. Windstedt sepakat bahawa Islam di Nusantara datang dari India menerusi aktiviti perdangangan Cuma berbeza pendapat dari daerah mana sama ada dari Gujerat, Cambay, Benggal atau Malabar.
·        Hubungan dengan perdagangan India berlaku melalui perkhidmatan bimbingan dalam persoalan agama oleh penduduk alam Melayu yang berminat dengan Islam yang dianuti oleh pedangang dari India.
·        Alasan wujudnya kesan-kesan dan persamaan didalam sosiobudaya masyarakat Melayu di Nusantara dengan masyarakat tamadun India.
·        Penemuan batu-batu nisan umpamanya batu nisan  Sultan Malik al-Saleh, Raja Samudera yang pertama bertarikh 1297M.
·        Batu nisan dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat.
·        Gujerat sebagai pangkala penting bukan sahaja sebagai pelabuhan , bahkan sebagai pusat perhubungan antara Timur dengan Barat.



FAKTOR-FAKTOR  PERKEMBANGAN ISLAM  DI  TANAH  MELAYU


·        Keistimewaan Islam
Ø Ajaran Islam sangat mementingkan konsep ketuhanan.
Ø Islam juga ajaran yang menekankan  tuntutan jasmani, rohani  serta aqli sesuai dengan fitrah manusia .
Ø Islam merangkumi semua aspek kehidupan.
Ø Islam merupakan agama yang mudah difahami, mudah diamalkan serta mudah dilakukan.

·        Perkahwinan
Ø Perkahwinan merupakan satu langkah kea rah membina rumah tangga  malah Islam menggalakkan perkahwinan bagi mengelakkan kejadia maksiat.
Ø Pada zaman dahulu, perkahwinan berlangsung kebanyakannya antara golongan Suti pedangang –pedangang dan pendakwah dengan anak-anak gadis tempatan termasuk puteri-puteri di Istana dan anak-anak pembesar di setiap negeri-negeri berhampiran.
Ø Dengan ini, golongan masyarakat  Tanah Melayu untuk memeluk Islam adalah tinggi.

·        Pemimpin atau Pembesar
Ø Pengaruh pemimpin atau pembesar seperti Raja atau Sultan sangat memainkan peranan dalam penyebaran agama Islam di Tanah Melayu ini.
Ø Kebanyakannya negeri yang masyarakatnya begitu taat serta taksub dengan pemimpinnya akan mengikut agama yang dianut oleh pemimpin mereka.
Ø Pemimpin atau pemerintah mereka memeluk Islam  secara tidak langsung masyarakat Melayu turut akan memeluk Islam berdasarkan konsep Daulat dan derhaka kerana tradisi taat pada pemimpin yang memerintah tanpa ada sebarang bantahan.

KESIMPULAN
          
       Sumber-sumber awal mengenai Kesultanan Melayu Melaka seperti sumber tempatan, sumber dari China, sumber dari Arab, sumber dari Barat dan sumber arkeologi dan lain -lain lagi memainkan peranan yang amat penting dalam penerokaan dalam pensejarahan zaman lalu khususnya Kesultanan Melayu Melaka. Tanpa sumber-sumber ini maka sukarlah ahli-ahli sejarah mengenalpasti situasi yang sebenar pada masa silam.Bukti-bukti yang diperolehi sentiasa mempengaruhi penulisan fakta sejarah dari masa ke semasa mengenai keadaan masa lalu. Kedatangan islam ke tanah melayu sememangnya membawa banyak perubahan dan penghargaan baru dalam keagungan tamadun melayu. Tidak dapat dinafikannbahawa wujudnya pusat-pusat tamadun unggul didunia amnya dan di asia tenggara khasnya adalah kesan daripada pengaruh islam yang meresap masuk kedalam tamadun itu.
      Daripada apa yang dibincangkan diatas kedatangan islam bukan sahaja mewujudkan pusat-pusat-pusat tamadun melayu yang unggul tetapi islam juga telah menyebabkan perubahan yang besar kepada pelbagai aspek kehidupan masyarakat melayu termasuklah system politik perundangan, pendidikan dan pandangan semesta dan kehidupan masyarakat melayu itu sendiri.
   
LAMPIRAN


Image result for kesultanan melayu melaka