Programe : DUB1012
KESULTANAN MELAYU MELAKA DAN
KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU
NAME OF GROUP :MUHAMMAD AKMAL ALIF BIN MOHD YUSLI
:MOHAMAD AMIRUL BIN MOHD NORRI
:MOHAMAD FAHMI BIN TAMIZI
NAME OF LECTERUR : MOHD ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI
KESULTANAN MELAYU MELAKA PENGHARGAAN
KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU
NAME OF GROUP :MUHAMMAD AKMAL ALIF BIN MOHD YUSLI
:MOHAMAD AMIRUL BIN MOHD NORRI
:MOHAMAD FAHMI BIN TAMIZI
NAME OF LECTERUR : MOHD ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI
KESULTANAN MELAYU MELAKA PENGHARGAAN
Alhamdulillah
bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa,tenaga
yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.Pertamanya kami ingin mendedikasikan ucapan perhargaan ini kepada
pensyarah Pengajian Malaysia saya iaitu
Encik Mohd Noor Zaidi B Mohd Zawawi kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Kami
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini. Ucapan
penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang memberikan peringatan
terhadap setiap apa yang kami telah lupa. Mereka membantu kami dengan menjawab
setiap pertanyaan yang kami tujukan kepada mereka.
PENGENALAN
·
Bermula dengan kehadiran Putera Raja dari Palembang iaitu Parameswara
yang terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir
abad ke-14.
·
Beliau melarikan diri setelah ditumpaskan lalu mencari perlindungan di
Temasik pada ketika itu dikuasai oleh Siam.
·
Setelah diusir oleh Siam pada 1396, beliau dan pengikut-pengkiutnya
melarikan diri ke Muar dan kemudian ke Sungai Ujong sebelum singgah ke Bertani
berdekatan dengan muara sungai Melaka.
·
Melalui peristiwa pelanduk dan anjingnya yang dilihat oleh baginda
semasa berehat dibawah pohon yang diberi nama Melaka dan kawasan yang
strategik,maka Parameswara telah menamakan tempat sebagai Melaka.
·
Beliau telah mengisytiharkan dirirnya sebagai Raja.
·
Beliau melaksanakan pemerintahan Negeri Melaka berasaskan sistem
pemerintahan kerajaan Srivijaya.
·
Apabila membuka penempatan di Melaka. Parameswara mula menyediakan
kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah
tapak perdagangan Antarabangsa. Namun, Negara China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat.Justeru, sesebuah
kerajaan dianggapberuntung sekiranya mendapat pengiktirafan daripada Maharaja
China.
·
Melaka bernasib baik kerana pada tahun 1403, seorang duta telah
tiba di Negara China, iaitu Yn Ching yang membawa hadiah untuk
Parameswara.Situasi ini membuktikan pengiktirafan Negara China terhadap Melaka. Maharaja Yung
Lo iaitu Maharaja Negara China dari Dinasti Ming pada waktu itu mengetahui
tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar-saudagar yang dating dari
Timur Tengah seperti Arab dan Parsi.
·
Pada tahun 1405, utusan dari Melaka mengiringi Melaka mengiringi
Yin Ching kembali ke Negara China . Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi
dan pemerintahannya (Parameswara) dibatalkan sebagai raja. Pada tahum 1409,
Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka
ialah Raja atau ‘Yang di-Pertuan’.
·
Apabila pemerintahan kerajaan Melaka mula memeluk Islam,
pemerintahannya digelar ‘Sultan’ dan ‘Shah’ .
·
Sistem pemerintahan disebut ‘ Raja Mutlak’ yang bermaksud raja
tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat.
·
Sultan mempunyai perkenan melantik para pembesar yang berfungsi
sebagai pentadbir, pelaksana undang-undang dan peraturan menghakimi perbicaraan
,mengawal keselamatan, mentadbir hal ehwal pelabuhan, merancang hubungan
antarabangsa serta melaksanakan protokol dan adat istiadat Istana.
·
Sistem pentadbiran kerajaan Melaka amat berkait rapat dengan
peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar utama, iaitu bendahara,
penghulu bendahari, temenggung dan laksamana.
RAJA
· Mengetuai pentadbiran pusat dan
wilayah serta dibantu oleh pembesar-pembesar iaitu Bendahara,Penghulu
Bendahari, Temenggung, Hulubalang Besar, Laksamana dan Syahbandar.
· Ketua Negara dan pemerintah
tertinggi. Raja berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan ketua agama Islam.
· Raja berkuasa menjatuhkan hukuman
mati terhadap pesalah.
· Raja berkuasa menggubal
undang-undang untuk mengukuhkan kedudukan raja dan rakyat tidak boleh mempertikaikannya.
BENDAHARI
·
Merupakan menteri utama.
·
Bertindak sebagai penasihat kanan Raja.
·
Menjadi pemangku Raja semasa ketiadaan Raja.
·
Bertindak sebagai ketua hakim sekiranya Raja tiada.
·
Berperanan sebagai pemilih dan pelantikan Raja.
LAKSAMANA
·
Laksamana merupakan pahlawan dalam peperangan terutama di laut.
·
Digelar ‘raja laut’
·
Mengikuti semua pahlawan kerajaan
·
Bertanggungjawab memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi serta
menjadi diplomat dan membawa utusan kerajaan.
TEMENGGUNG
·
Berperanan sebagai pelaksana atau ketua undang-undang ,peraturan
negeri dan keselamatan
·
Beliau juga digelar sebagai ketua polis Negara.
·
Dalam soal adat istiadat, beliau bertindak sebagai ketua protokal.
BENDAHARA
MELAKA
Senarai
Bendahara yang telah mentadbir empayar Melaka.
·
Seriwa Raja (bapa Tun Perak) 1445
·
Tuan Ali 1445-1456
·
Tun Perak 1456-1498
·
Tun Mutahir 1500-1510
·
Paduka Tuan 1510-1511
Bendahara
merupakan satu yang penting dalam pentadbiran empayar Melaka . Menjelang abad
ke-15 Melaka menjadi sebuah kuasa terunggul dan pusat perdagangan yang terbesar
diseluruh kepulauan Melayu, di bawah kepimpinan Bendahara Tun Perak.
MELAKA SEBUAH KERAJAAN AGUNG
·
Kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai
sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan ,kawalan
jajahan dan undang-undang.
·
Kedudukanya yang strategic dan menjadi pusat perkampungan semua saudagar dari Timur dan
Barat. Misalnya, dari Negara Chins, India, Timur Tengah, Asia Timur dan
kepulauan Melayu.
·
Melaki menjadi pusat penyebaran agama Islam .
·
Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam telah
diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh Sultan serta rakyatnya.
·
Melaka juga berkembang menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan
kerana mendapat galakan daripada pihak Istana.
·
Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa,
perundangan, kebudayaan dan kesusasteraan.
FAKTOR-FAKTOR
KEGEMILANGAN MELAKA
FAKTOR
SEMULA JADI DAN FAKTOR GEOGRAFI
·
Kegemilangan Melaka dalam aspek perdagangan dipengaruhi oleh
kedudukan geograinya yang terletak di tengah-tengah jalan laut perdangangan
Antarbangsa dan sekali gus berperanan sebagai penyambung pasaran perdagangan
utama dunia.
·
Kedudukan Melaka di Selat Melaka menjadi satu kelebihan kerana
selat ialah sebuah lorong sempit yang mesti dilalui oleh semua pedangang untuk
ke mana-mana destinasi.
·
Kelebihan ini ditambah pula dengan kedudukan selat Melaka yang
strategik kepada kapal-kapal kerana terlindung tiupan angin kencang
·
Kemasyuran perdagangan Melaka juga dipengaruhi oleh kekayaan
sumber asli persekitaran.
·
Sumber ini meliputi hasil-hasil hutan seperti kayu-kayan yang
berpotensi dalam penghasilan kayu wangi, dammar dan rotan.
·
Pelabuhan Melaka juga menikmati kelebihan kerana semenanjung Tanah
Melayu kaya dengan sumber galian, khasnya emas, bijih timah dan lain-lain.
·
FAKTOR EKONOMI
·
Melaka dilimpah kemewahan barang-barang dagangan dari Negara luar.
·
Kekayaan hasil serantau seperti rempah , hasil rotan, kayu dan damar
menjadi barang dagangan yang penting ketika itu.
·
FAKTOR POLITIK DAN PENTADBIRAN
·
Melaka juga mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang
lengkap terutama dengan penglibatan orang laut dan tokoh-tokoh kerajaan.
·
Kewujudan sistem undang-undang laut Melaka banyak membantu
kerajaan mengekalkan keamananya hokum kanun Melaka merupakan undang-undang
bertulis pertama yang wujud di negeri-negeri Melayu.
KEJATUHAN
MELAKA
-Sistem Pemerintahan Yang Lemah
·
Sultan Mahmud pengganti kepada
ayahndanya Sultan Alauddia
tidak mampu memberi tumpuan
kepada pentadbiran negeri dan gagal mengawal tindakan pembesar-pembesarnya yang
lebih berkuasa terhadap rakyatnya.
·
Sultan Mahmud yang suka
berfoya-foya , leka dengan ilmu agama sehingga mengabaikan pentadbiran, tidak
adil dan kurang bertimbang rasa.
-Pengganti bendahara yang tidak
berwibawa
-Perbalahan pembesar-pembesar
Istana
-Kelemahan kuasa tentera
- Pemecatan pembesar yang cekap.
-Semangat jihad yang lemah
-Tidak setia kepada Raja
-Berpaling tadah
FAKTOR-FAKTOR
LUARAN
Penemuan Tanjung Pengharapan
aktiviti penjajahan oleh masyarakat Eropah ke Timur dengan penemuan Tanjung
Pengharapan pada tahun 1488 menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula berminat dengan
tapak-tapak perdagangan di Timur.Pelayar-pelayar Portugis juga mendapat galakan
daripada Raja Portugal,iaitu Putera Henry.Keinginan Portugis untuk menguasai
pelabuhan Melaka atas factor memonopoli dagangan rempah,menyekat penguasaan
dagangan pedagang-pedagang Islam dan menyebarkan agama Kristian.
Terdapat pengkhianatan dalam
kalangan pembesar seperti Utimutiraja,seorang pemimpin Jawa yang membelot
dengan membawa askarnya bagi pihak Portugis.Perisikan dan intipan yang
dilakukan oleh pihak Portugis sehingga pelan pertahanan kota Melaka dapat di
salur keluar
KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU
SEJARAH
KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU
·
Antara bukti
sejarah telah mula bertapak dibahagian pantai timur terlebih dahulu sebelum
Melaka.
·
Bukti bahawa
Islam sudah lama bertapak di negeri
Kelantan.
·
Bukti sejarah di
Kelantan ialah penemuan syiling emas pada tahun 1912 di istana Kubang Labu yang
tercatat huruf arab diatasnya “al-Julus” Kelantan 577 dan di sebelahnya
tertulis “ almutawakil”.
·
Membuktikan
bahawa agama Islam telah datang lebih awal ke Kelantan selewatnya pada abad
ke-12 dan aktiviti perdagangan Islam malah juga terkenal sebagai pusat
pendidikan Islam di rantau Alam Melayu.
·
Penemuan batu
bersurat di Kuala Berang Terengganu, bertarikh 788H/1386 yang dijumpai pada
1922M.
·
Melalui
penyusunan tarikh-tarikh yang terdapat pada artifak-artifak tersebut
menunjukkan kedatangan Islam telah bermula di Champa (1025M dan 1039M),
berkembang ke Kelantan (1181M) dan ke Terengganu (1386M).
TEORI KEDATANGAN
ISLAM DATANG DARI ARAB-PARSI
·
Catatan
sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7M, orang –orang Arab telah
sampai ke Tanah Jawa.
·
Pada tahum
684, telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumetra.
·
Pada zaman
pemerintahan Kahlifah Al-Makmun bin Harun
Ar- Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh
dengan 1 orang dari keturunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk
menyebarkan agama Islam.
·
Dari
Arab-Parsi adalah berasaskan kepada
kewujudan hubungan pedangangan.
·
Teori ini
mendapat sokongan kuat sarjana tempatan seperti Prof. Syed Muhammad Naquib
al-Attas dan Prof Dr. Hamka berpendapat :-
Ø Hasil kesusasteraan keagamaan
merujuk kepada tulisan jawi.
Ø Cara bacaan sebutan Al-Quran di
Nusantara adalah sama dengan bacaan dan sebutan di Asia Barat dan bukannya cara
sebutan atau bacaan India dan China.
Ø Fahaman keagamaan yang dibawa
oleh mereka adalah bersifat Timur Tengah.
Ø Cacatan sejarah jelas menunjukkan
bahawa pengislaman Raja-Raja Melayu dari Melaka hingga ke Brunei dilakukan oleh pendakwah dari Arab.
Ø Pengaruh Arab ke atat pendaharaan
bahasa melayu seperti perkataan “fakir”, “syukur”, “sahabat”, “khalifah”,
“soleh” dan banyak lagi yang sudah sinonim dengan bahasa melayu.
TEORI
KEDATANGAN ISLAM DATANG DARI CHINA DAN INDO-CHINA
·
Emanuel
Godinho De Evedia, Islam datang ke alam melayu melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9M.
·
Terbukti
hasil penemuan batu bersurat di Kuala Berang Terengganu mengaitkan Islam datang
dari China atau Champa.
·
S.Q Fatimi
menhuraikan pemberontakan Canton ekoran rasa tidak senang hati penduduk
tempatan terhadap kemajuan ekonomi perdagang-perdangang Arab.
·
Mendorong
untuk berhijrah mencari tempat perlindungan dan tempat yang dituju ialah
Champa, Kedah dan Palembang.
TEORI
KEDATNGAN ISLAM DATANG DARI INDIA
·
Pengkaji-pengkaji
Barat seperti Pijnappel, Snouck Hugronje, B. Harisson, Thomas Arnold, Morguatte
dan R.O. Windstedt sepakat bahawa Islam di Nusantara datang dari India menerusi
aktiviti perdangangan Cuma berbeza pendapat dari daerah mana sama ada dari
Gujerat, Cambay, Benggal atau Malabar.
·
Hubungan
dengan perdagangan India berlaku melalui perkhidmatan bimbingan dalam persoalan
agama oleh penduduk alam Melayu yang berminat dengan Islam yang dianuti oleh
pedangang dari India.
·
Alasan
wujudnya kesan-kesan dan persamaan didalam sosiobudaya masyarakat Melayu di
Nusantara dengan masyarakat tamadun India.
·
Penemuan
batu-batu nisan umpamanya batu nisan
Sultan Malik al-Saleh, Raja Samudera yang pertama bertarikh 1297M.
·
Batu nisan
dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di
kedua-dua tempat.
·
Gujerat
sebagai pangkala penting bukan sahaja sebagai pelabuhan , bahkan sebagai pusat
perhubungan antara Timur dengan Barat.
FAKTOR-FAKTOR
PERKEMBANGAN ISLAM DI TANAH
MELAYU
·
Keistimewaan Islam
Ø
Ajaran Islam
sangat mementingkan konsep ketuhanan.
Ø
Islam juga
ajaran yang menekankan tuntutan jasmani,
rohani serta aqli sesuai dengan fitrah
manusia .
Ø
Islam
merangkumi semua aspek kehidupan.
Ø
Islam
merupakan agama yang mudah difahami, mudah diamalkan serta mudah dilakukan.
·
Perkahwinan
Ø Perkahwinan merupakan satu
langkah kea rah membina rumah tangga
malah Islam menggalakkan perkahwinan bagi mengelakkan kejadia maksiat.
Ø Pada zaman dahulu, perkahwinan berlangsung
kebanyakannya antara golongan Suti pedangang –pedangang dan pendakwah dengan
anak-anak gadis tempatan termasuk puteri-puteri di Istana dan anak-anak
pembesar di setiap negeri-negeri berhampiran.
Ø Dengan ini, golongan
masyarakat Tanah Melayu untuk memeluk
Islam adalah tinggi.
·
Pemimpin atau Pembesar
Ø Pengaruh pemimpin atau
pembesar seperti Raja atau Sultan sangat memainkan peranan dalam penyebaran
agama Islam di Tanah Melayu ini.
Ø Kebanyakannya negeri yang
masyarakatnya begitu taat serta taksub dengan pemimpinnya akan mengikut agama
yang dianut oleh pemimpin mereka.
Ø Pemimpin atau pemerintah
mereka memeluk Islam secara tidak
langsung masyarakat Melayu turut akan memeluk Islam berdasarkan konsep Daulat
dan derhaka kerana tradisi taat pada pemimpin yang memerintah tanpa ada
sebarang bantahan.
KESIMPULAN
Sumber-sumber awal mengenai Kesultanan Melayu Melaka seperti sumber tempatan, sumber dari China, sumber dari Arab, sumber dari Barat dan sumber arkeologi dan lain -lain lagi memainkan peranan yang amat penting dalam penerokaan dalam pensejarahan zaman lalu khususnya Kesultanan Melayu Melaka. Tanpa sumber-sumber ini maka sukarlah ahli-ahli sejarah mengenalpasti situasi yang sebenar pada masa silam.Bukti-bukti yang diperolehi sentiasa mempengaruhi penulisan fakta sejarah dari masa ke semasa mengenai keadaan masa lalu. Kedatangan islam ke tanah melayu sememangnya membawa banyak perubahan dan penghargaan baru dalam keagungan tamadun melayu. Tidak dapat dinafikannbahawa wujudnya pusat-pusat tamadun unggul didunia amnya dan di asia tenggara khasnya adalah kesan daripada pengaruh islam yang meresap masuk kedalam tamadun itu.
Daripada apa yang dibincangkan diatas kedatangan islam bukan sahaja mewujudkan pusat-pusat-pusat tamadun melayu yang unggul tetapi islam juga telah menyebabkan perubahan yang besar kepada pelbagai aspek kehidupan masyarakat melayu termasuklah system politik perundangan, pendidikan dan pandangan semesta dan kehidupan masyarakat melayu itu sendiri.
LAMPIRAN